KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PETA i-THINK
PETA i-THINK
APA ITU PETA i-THINK?
i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. i-THINK mempunyai 8 jenis peta pemikiran iaitu Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pokok, Peta Bulatan, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titi.
KELEBIHAN PETA i-THINK
- Mudah dilakukan kerana peta-peta tersebut menggunakan konsep yang mudah.
- Lebih berinovasi dan menarik.
- Mudah dibaca dan diingati kerana memaparkan isi-isi yang penting.
- Memupuk kemahiran berfikir aras tinggi.
- Proses membuat nota akan menjadi lebih sistematik.
KELEMAHAN PETA i-THINK
- Nota yang terlalu ringkas menyebabkan ada maklumat yang tidak dapat difahami dengan jelas.
- Terdapat segelintir murid yang tidak faham akan cara penggunaan dan konsep peta i-THINK.
- Mengambil masa yang agak lama untuk membentuk peta.
Comments
Post a Comment