PETA i-THINK APA ITU PETA i-THINK? i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. i-THINK mempunyai 8 jenis peta pemikiran iaitu Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pokok, Peta Bulatan, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titi. KELEBIHAN PETA i-THINK Mudah dilakukan kerana peta-peta tersebut menggunakan konsep yang mudah. Lebih berinovasi dan menarik. Mudah dibaca dan diingati kerana memaparkan isi-isi yang penting. Memupuk kemahiran berfikir aras tinggi. Proses membuat nota akan menjadi lebih sistematik. KELEMAHAN PETA i-THINK Nota yang terlalu ringkas menyebabkan ada maklumat yang tidak dapat difahami dengan jelas. Terdapat segelintir murid yang tidak faham akan cara penggunaan dan konsep peta i-THINK. Mengambil masa yang agak lama untuk membentuk peta.